5S – Propaganda
Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca
tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke.
Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa
dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah
yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke
dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita
merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot
sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas
satu-persatu isu ini.
Song
Song di sini adakah
hanya merujuk kepada lagu sahaja? Semestinya tidak. Ia merangkumi lagu, filem,
game, anime dan sebagainya. Dengan kata mudahnya sebarang bentuk media dan
hiburan. Timbul persoalan lain. “Ala, takkan tu pun
salah? Bukan buat dosa pun..” Memanglah tak salah. Namun, apa-apa perkara pun
yang hukumnya harus, bila dibuat secara berlebihan akan membawa mudarat. Kalau
terlalu leka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat dan pelajaran…itu
sudah salah. Usahlah merungut jadi pelajar medik tak cukup masa nak ulangkaji
dan tak ada masa nak buat kerja lain (kelas Quran, kelas Arab, tafaquh agama,
ziarah sahabat) kalau tengok movie dan main game boleh sampai tengah malam.
Selain
berupaya melalaikan kita, majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur
yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi,
keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada
motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan
semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang melemahkan jiwa dan
ingatan kita. Sehari setitik hitam, lama-lama hitam dan keraslah hati kita.
Ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan masuk ke dalam hati orang yang berbuat
maksiat.
Lihatlah kebijaksanaan
Yahudi. Mereka tidak perlu berhabis jutaan wang untuk memangkin industri
hiburan di seluruh dunia. Cukup sekadar menjadi perintis (pioneer/initiator)
memperkenalkan hiburan dan trend saban hari, seluruh dunia mengikut jejak
mereka. Bahkan setiap negara itu sendiri yang akan berhabis mengeluarkan modal
untuk memajukan industri ini. Bijak…bijak… Semua ini melahirkan manusia yang
hedonistik, yang hanya tahu berseronok, yang tidak ambil peduli hal orang lain,
hanya mengira makan minum sendiri sahaja. Usahkan berbicara tentang pembebasan
Palestin, Palestin itu apa pun entahkan tahu entahkan tidak.
Spirit
Spirit di sini
bermaksud minuman keras yang memabukkan-alcohol/arak. Apa bahayanya
alkohol/arak ini? Sirah Sahabiah telah merakamkan betapa bahayanya arak ini.
Dikisahkan anak Saidina Umar telah menghadiri satu majlis keramaian. Di majlis
itu dihidang arak. Dia dipelawa minum arak itu, tetapi ditolak oleh anak
Saidina Umar kerana tahu akan haramnya arak. Rakan-rakannya tidak putus asa dan
mempelawanya lagi, sedikit sahaja, kata mereka. Anak Saidina Umar pun minum
sedikit dan beliau telah mabuk. Dalam perjalanan pulang, dia telah berzina
dengan seorang wanita kafir. Wanita itu telah mengandung dan setelah melahirkan
anaknya, dia pergi menuntut haknya kepada Umar. Setelah memastikan kebenaran
kata-kata wanita ini daripada anaknya, Umar sendiri yang menjalankan hukuman
sebat 80 kali ke atas anaknya. Anaknya yang sedar akan kesalahannya dan telah
insaf berulang kali memohon ampun daripada bapanya, namun Umar tetap tegar
menyebat anaknya sehinggakan anaknya itu mati di tangannya. Diceritakan Umar
telah bermimpi melihat anaknya berjalan bersama Rasulullah kerana dia terlepas
hukuman akhirat kerana telah dihukum di dunia.Wallahua’lam.. Lihatlah kenapa
Islam mengharamkan arak ini..kerana ia mencetuskan mudarat yang
bersambung-sambung dan menjejaskan bukan sekadar diri sendiri malah orang
sekeliling kita.
Sebagai pelajar medik
juga, sudah semestinya kita lebih arif akan bahaya dan kesan- kesan buruk
pengambilan arak ini. Alhamdulillah tiada kes-kes sebegini yang dikenalpasti di
kalangan komuniti kita di Alexandria ini. Namun, kita
harus ingat yang medan kita bukan di sini,
tetapi di Malaysia kelak. Di Malaysia
pengambilan arak di kalangan Muslim bukanlah perkara yang asing malah
bilangannya meningkat dari semasa ke semasa. Pada ketika inilah posisi kita
sebagai doktor memainkan peranannya untuk memperbetul situasi ini baik dari
segi fizikal mahupun spiritual.
Sex
Adakah yang
dimaksudkan sex ini semata-mata hubungan seks? Tidak kawan-kawan. Malah ia
merujuk kepada perkara sebelum seks itu sendiri, yang membawa dan menjerumuskan
kita ke arahnya. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah
cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan
dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam
kehidupan sehari-hari. Perkara ini dilihat universal tanpa ada sesiapa
mempertikaikannya.
Selain media, budaya
percampuran lelaki dan wanita dikembangluaskan sehebat mungkin tanpa ada
batasan dan sempadan. Islam tidak menghalang berikhtilat, namun ada
batas-batasnya. Ikhtilat dibenarkan dalam menuntut ilmu, mengubati pesakit,
kenderaan awam dan sebagainya. Selebihnya adalah tidak perlu. Sistem pendidikan
yang dahulunya diasingkan telahpun digagaskan untuk dicampurkan, sedangkan
telah terbukti kualiti dan kecemerlangan sekolah-sekolah yang sama jantina
adalah sangat baik. Lihat sahaja contoh-contoh di tanah air kita sendiri.
Sekolah-sekolah premier majoritinya sekolah sejenis, STF,TKC, MCKK, STAR dan
lain-lain lagi. Lihat lagi pada ma’had-ma’had tahfiz, kebanyakannya diasingkan
pelajar lelaki dan perempuan.
Bagaimana kita boleh
berasa bongkak melakukan perkara-perkara larangan Allah dan dalam masa yang
sama ingin menuntut ilmu milik Allah? Belum dikira lagi nikmat-nikmat yang kita
dapat sehari-hari yang sememangnya tak mampu untuk kita membayarnya..
Sports
Sukan? “Nak bersukan
pun salah ke?” Pernah dengar ‘qoute’ ini?- Letak bola sebiji, beribu-ribu orang
tak solat Magrib di stadium..
Bersukan hukumnya
harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena
pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada
, tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat
mengeratkan silaturrahim, dapat mentadabbur alam dan lain-lain lagi. Maka, pada
ketika ini, ia amat digalakkan.
Namun cuba lihat pula situasi
ini. Saya tidak melarang, mahupun mengatakannya haram atau salah. Cuma
membangkitkannya untuk difikirkan bersama baik buruknya. Kalau sekadar menonton
acara sukan di televisyen atau internet, adakah bermanfaat? Bukan tiada, ada.
Contohnya mengambil skil-skil baru, menaikkan semangat patriotik dan
sebagainya. Namun, cuba nilaikan kembali,
berapa peratus daripada kita menonton perlawanan bola sepak dengan 2 matlamat
ini. Kebanyakannya menghabiskan masa hampir 2 jam hanya menonton, bukannya
bermain sekali mengeluarkan peluh pun. Malah ada yang leka sampai mengabaikan
tanggungjawab masing-masing. Kalau semua tanggungjawab sudah diselesaikan,
pelajaran sudah diulangkaji, maka terpulanglah.
Smoke
Smoke di sini merujuk
kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. Sebagai bakal doktor,
kita seharusnya lebih arif akan mudarat dan kesan buruk rokok seperti kanser,
radang paru-paru, peptic ulcer, impotence dan sebagainya. Merokok bukan sekadar
membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak
bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok
menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan
kepada kita. Selain itu, merokok juga merupakan satu bentuk pembaziran.
Sedangkan umat Islam adalah yang termundur dan termiskin dalam era kini, namun
masih ramai lagi yang degil dan tegar merokok.
Tahukah anda, siapakah
yang mula-mula mencipta rokok? Tidak lain dan tidak bukan Yahudi laknatullah.
Rokok merupakan ciptaan paling agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi.
Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini
yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama
sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan
conference mereka. Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang
memudaratkan orang lain, dan betapa tidak bijaknya kita menghisap rokok ciptaan
Yahudi itu.
Snack
Ini merupakan S yang
keenam yang saya tambah. Snack di sini saya maksudkan sebagai makanan. Yahudi
bukan sekadar menyerang kita dengan 5S di atas, malah turut menyerang kita dari
aspek yang tidak terduga, makanan. Dunia dan sejarahnya telah menyaksikan
bangsa yang bijak adalah bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Namun kebijaksanaan dan
kegemilangan bangsa Arab itu adalah sejarah. Yang tinggal kini hanyalah
kebijaksanaan yang dikaburi dan ditenggelami kemiskinan, corrupt dan kemunduran
negara-negara Arab. Walaubagaimanapun,masih wujud umat Islam yang sedar
dan mahu mengubah wajah bangsanya dan masih mampu bergerak walaupun ditekan
dari segenap arah. Mereka ini wujud di setiap negara Islam. Kebangkitan yang
semakin meluas inilah yang ditakuti Yahudi.
Maka, tidak cukup
dengan 5S, mereka menyerang pula dangan S yang keenam-snack/makanan. Pengenalan
makanan-makanan segera dan makanan ringan mendapat sambutan hangat seluruh
penduduk dunia. Seperti yang kita tahu makanan seumpama ini mengandungi
pewarna, pengawet dan perasa yang sangat banyak. Dan kita begitu arif bahawa
bahan-bahan ini adalah carcinogen. Selain itu, bahan-bahan ini juga melemahkan
ingatan, mengurangkan ketajaman akal, membantutkan tumbesaran dan lain-lain
lagi.
Kita lihat sahaja
tanah air kedua kita, Mesir bumi kinanah ini. Snack dan ‘jajan-jajan’ begitu
banyak sekali dijual di kedai-kedai. Fenomena ini baru sahaja berlaku dalam 5-6
tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, tiada pun seumpama hari ini. Produk
pertama yang diperkenalkan di Mesir ialah Syibsi, yang kita tahu produk boikot.
Cukup menjadi perintis, tanpa perlu disuruh syarikat-syarikat Mesir sendiri
turut sama rancak manghasilkan produk serupa dek kerana sambutan yang sungguh
luar biasa. Hasilnya semua orang sudah menjadikannya makanan asasi. Pelajar-pelajar Malaysia di sini turut tidak
ketinggalan menerima tempiasnya.
Sesungguhnya, untuk melawan musuh,
kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita.
Paling penting bagi kita adalah untuk kembali kepada fitrah, kembali kepada
Quran dan sunnah. Kerana Quran dan sunnah adalah pegangan kita, dan
satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita. Dan sedarlah, Islam tidak akan
tertegak melalui umat yang asyik dan leka, yang senang lenang tidur lena, yang
hanyut membuat dosa dan noda & yang tidak menjaga diri dan hawa.
Marilah sama-sama memperbaik dan mengislah diri sendiri agar kita layak untuk
menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membebaskan Palestin tanah wakaf
kita.
Wallahua’lam..
from -
khirunnisirin/azizi@yahoo .com (artikel remaja )
No comments:
Post a Comment