MP3

HTML/Javascript

Monday 20 February 2012

10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta




10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta 

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.

Tuesday 14 February 2012

Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei

Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)


8 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Sebut sahaja negara Brunei Darusalam, mesti terlintas yang ia adalah sebuah negara yang kaya dengan limpahan minyak. Kekayaan Brunei Darussalam membolehkan mereka tersenarai antara negara paling kaya di dunia. Bila negara Brunei Darussalam kaya, semestinya individu yang mendapat “tempias” adalah Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah. Tetapi mengapa dia? Kenapa tidak orang lain? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan?
Saya sebenarnya tidak teruja pun dengan kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Inilah yang dinamakan tuah dan rezekinya. Sebabnya, negara Brunei Darussalam  mengamalkan konsep monarki mutlak. Inilah sebab musabab, Sultan Brunei boleh  jadi kaya-raya. Di bawah  konsep monarki mutlak, semua hasil bumi Brunei adalah kepunyaan Sultan.
Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Unit Petroleum  telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh pemegang konsesi.  Ada dua pemegang konsesi yang melaksanakan aktiviti ini, iaitu :
  1. Syarikat Minyak Brunei Shell (syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
  2. Royal Dutch Shell
Tetapi saya boleh katakan, rakyat Brunei beruntung  kerana mendapat  Sultan yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya. Betul tak orang Brunei? Respon sikit? Pernah dahulu, adik Sultan Brunei sendiri buat hal. Orang suruh tadbir negara dengan betul dan amanah, lain pula dibuatnya.
Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat dengan selambanya oleh abang kandungnya sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah kerana mengelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui. Inilah yang kita hendak. Salah tetap salah, walaupun adik sendiri yang buat “dajal”. Yang pentingnya kepentingan negara. Betul tak?
Satu lagi Sultan Brunei pun boleh tahan tegas dalam pemerintahannya. Ingat tak dahulu, negara  Brunei Darussalam pernah dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2006? Lepas itu, Sultan Brunei terus rombak kabinet akibat murka. Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing.
Okey……artikel kali ini adalah sambungan daripada koleksi kereta kerabat diraja sultan Brunei (Part-1). (Jauh terpusing saya tadi….nasib baik tak meleret dan terbabas tadi). Layan…..
7 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Gambar-gambar Istana Nurul Iman Brunei Darussalam
9 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
10 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
11 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
12 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Canggih Sultan Brunei – Dauer 962 LeMans
13 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Sultan Brunei – Ferrari 550 Spider
14 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
15 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Ferrari ini dibuat khas dan ekslusif untuk Sultan Brunei
16 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Mercedes-Benz S500
17 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
18 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Hummer H2
19 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
20 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
21 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
22 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
23 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
24 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
25 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Jawab and Menang Tiket Wayang
26 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Koenig KS8
27 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Lamborghini LM002
28 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Land Rover Defender
29 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
30 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
31 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta MewahMaserati MC12
32 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Chrysler 300C
33 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Mercedes-Benz ML55 AMG
34 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
36 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
35 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Mercedes Benz ML63 AMG
38 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Mewah Mosler MT900 S
39 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Kereta Canggih Vector M12
40 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
1 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
Jet Peribadi Sultan Brunei. Serba-serbi emas
2 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
3 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
4 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
5 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
6 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)
41 Kemewahan Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah Brunei? (PART 2)

Kaabah Palsu Syiah di Najaf, Iraq


Sebelum kedatangan Islam, ada seorang raja dari Yaman membina Ka'bah tiruan lalu mengangkat bala tenteranya ke Makkah untuk menyerang kota suci itu. Kisah ini terakam dalam surah al-Fiil.

Jika Raja Abrahah yang membina Ka'bah itu menjadi musuh Allah tetapi kaum Syiah di Najaf yang membina Ka'bah ini tetap dianggap saudara seislam? bukankah mereka melakukan perbuatan Abrahah? Ternyata Syiah ini musuh Allah dan Rasul-Nya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4IUszsiyoVEmms3qUAC6zw5wKcKUueFASrca5eV1MyzlVxTh-hI86Lp7mnC_wGWW9MydVyuDXVBcGNM79B8HdgzNIJgmCdQbuVyfUqNLQ4Qb32vgcWbGAq55qVVRC1gpL8Ijza02WEpjC/s240/ka'bah+najaf.jpg

Ka’bah Syiah tertulis nama Ali r.a di Najaf dik Kufah, Iraq.
Mereka menyembah Ali bukan Allah s.w.t. Bandar Najaf digelar al-Najaf al-Ashraf (Najaf yang Suci). Sekaligus merupakan kota saingan kepada Makkah dan Bait al-Maqdis (qiblat pertama islam) di Palestin dua kota yang menjadi qiblat kepada umat islam. Apakah tujuan hadis-hadis palsu Syiah yang menyatakan tanah Karbala’ di Kufah lebih Afdal dari tanah Makkah ? Mengapakah tanah Karbala’ menyertai solat mereka?

Jika Abrahah pernah membuat satu Ka’bah di Yaman untuk menyaingi Baitullah al-Ka’bah di Makkah kita anggap sebagai orang yang sesat maka Syiah lebih jahat, sesat dan terkeluar dari Islam dengan sebab kejahatan mereka mencuri Hajar al-Aswad dibawa ke Najaf semasa daulah fatimiyyah berkuasa dahulu untuk ditambahkan kepada Qiblat mereka di Najaf.

Apakah tujuan mereka tawaf dan mengerjakan haji di Kufah di samping bertaqiyyah dating ke Makkah pada musim haji? Kita tanyakan kepada Syiah apakah tujuan marja’-marja’ kamu di Najaf dibawah pimpinan Ayatullah Sayyid Ali al-Sistani melakukan kerja-kerja terkutuk ini?


Terlampau memuliakan nama Ali, jika Kaabah suci yang asal dipenuhi ayat Quran, Kaabah Palsu Syiah dipenuhi nama Ali..




Penyakit Kencing tikus(mesti ambil tahu!)








Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.
Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.
Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan. 

Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.  

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit  yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita. 

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

TANDA-TANDA AWAL KANSER





“ KENALI SIMPTOM KANSER
April 21, 2011 By: admin Category:

Kesihatan Dan Anda
KANSER PERUT / KANSER KOLON
1.Pendarahan semasa buang air besar. Walaupun ia mungkin disebabkan buasir namun pemeriksaan lanjut masih perlu dilakukan kerana adakalanya ia mungkin sahaja berkaitan kehadiran tumor didalam usus yang berkaitan dengan kanser colon atau terdapatnya tumor didalam perut. Kebiasaannya kaedah ujian darah “FECAL OCCULT BLOOD TEST” ( FOBT ) dapat mengesan kehadiran kanser dalam perut.

2.Merasa sakit atau tidak selesa pada bahagian abdomen. Kebiasaannya bahgian atas abdomen.

3.Loya dan muntah yang berterusan dan kadang2 disertai dengan darah dalam muntah

4.Hilang selera makan

5.Sentiasa kepenatan walaupun dalam keadaan biasa

6.Pengurangan berat badan yang berterusan walaupun tidak mengamalkan diet. 7.Perubahan ketara dalam routin pembuangan air besar.
8.Sebu perut


KANSER PARU PARU

1.Batuk yang teruk dan berterusan

2.Sakit pada bahgian dada dan berterusan
3.Kesukaran dalam pernafasan
4.Batuk yang disertai dengan darah
5.Kesakitan menyucuk bila menarik atau melepaskan nafas
6.Perubahan pada suara ( garau )
7.Hilang selera makan disusuli dengan kehilangan berat badan yang mendadak 8.Kesukaran menelan makanan
9.Kepenatan yang berpanjangan.

KANSER PANKERIAS Kanser pengkerias sering dkenali sebagai pembunuh senyap kerana pada peringkat awal tumor ia tidak menunjukan sebarang simptom.Namun apabila saiz tumor makin membesar simptom2 seperti dibawah akan kelihatan.

1.warna kulit dan mata putih menjadi kekuning
2.sakit pada bahagian atas abdomen dan bahagian belakang badan
3.sakit bila berbaring atau selepas makan
4.pening,loya,hilang selera makan dan penurunan dalam beat badan
5.kesakitan pada otot
6.demam yang berpanjangan
7.perubahan pada routin buang air besar dan najis bewarna pucat.

KANSER HATI

Seperti kanser pengkerias,kanser hati kebiasaanya mempunyai simptom yang hampir sama dan selalunya apabila ia mula dikesan ia telah pun berada pada peringkat 3 atau 4

1.perubahan pada warna kulit dan mata putih yang bertukar menjadi kekuningan
( joudist )
2.hilang selera makan dan penurunan mendadak berat badan

3.tidak selesa atau sakit pada bahagian kanan abdomen
4.tidak selesa atau sakit pada bahagian kanan bahu
5.kerap loya dan muntah
6.demam yang berpanjangan

KANSER PROSTAT

Kanser prostat sering dihidapi olih orang lelaki dengan yang berumur lebih 50 tahun mempunyai risiko yang tinggi.Selain mewarisi dari kuturunan yang mempunyai jenis kanser yang sama.
1.Kerap buang air kecil terutamanya sebelah malam
2.Kesukaran membuang atau mengawal air kecil
3.Kesakitan apabila buang air kecil
4.Darah dalam air kenciing
5.Kesakitan yang berterusan pada pangkal peha dan bahagian belakang

 Tahap 1 – Hampir2 tidak dapat dikesan kecuali secara tidak sengaja ketika menjalani proses rawatan penyakit lain.

Tahap 2 Tumor dikesan apabila ia mula membesar dalam prostat atau ketika membuat ujian biopsy akibat bacaan PSA yang tinggi.

Tahap 3 Kanser telah merebak pada bahgian luar prostat atau ke tisu2 berdekatan

Tahap 4 Kanser telah merebak ke “lymp node” atau organ badan yang lain Hodgkin Lymphoma

1. Bengkak pada lymp nodes
2. Penurunan berat badan tanpa sebab
3. Demam yang berpanjangan
4. Berpeluh waktu malam -tanpa sebab
5. Batuk yang berpanjangan
6. Sakit pada bahagian dada
7. Kulit gatal gatal
8.kerap rasa lemah badan dan kepenatan

KANSER/TUMOR OTAK

Tidak semua tumor otak menunjukkan gejla2 tertentu.Terdapat bebera kes kanser/tumor otak yang hanya diketaui selepas kematian seperti tumor dari kelenjar pituitari. Gejala tumor otak banyak dan tidak khusus untuk tumor otak, yang bererti ia boleh disebabkan oleh banyak penyakit lain juga. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti apa yang menyebabkan gejala-gejala ini ialah dengan cara menjalani ujian diagnostik. Simptom2 ini timbul biasanya disebabkan oleh kedudukkan tumor yang menekan atau terkena pada bahagian lain otak yang menghalang otak dari berfungsi secara normal.Sesetengah simptom timbul disebabkan olih kebengkakkan dan keradangan tumor dan persekitarannya. Simptom2 berikut adalah secara umum

1. Sakit kepala
 2 Kelemahan
3 Kecanggungan
4 Kesulitan berjalan
5 Kejang Gejala dan tanda-tanda khusus yang lain adalah seperti berikut:

 1 Perubahan kepada status seperti
a. Hilang daya konsentrasi
b. memori
c. perhatian atau kewaspadaan
d. Mual, muntah-muntah – Terutama di pagi hari
e. Kelainan dalam penglihatan
f. Kesulitan bertutur
g. Perubahan berperingkat dalam daya intelektual atau emosi Kebisaannya simptom2 ini terjadi secara berperingkat.
h. Muntah yang berterusan dan tidak diketahui penyebabnya
i. Kelesuan atau sering mengantuk
 j. kekejang an otot
k. sakit kepala yang kerap

Walaupun sakit kepala dianggap gejala umum kanser otak, namun ia bukan petunjuk yang pasti.Anda perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
 l. Perubahan pada personaliti * Kecanggungan Kanser payudara Pada peringkat awal, kanser payudara biasanya tidak mempunyai gejala. Apabila tumbesaran tumor berkembang, anda boleh merasai tanda-tanda berikut:
1. benjolan di payudara atau ketiak yang berlaku selepas kitaran haid Seringkali simptom2 awal kanser payudara iala apabila terjadi benjolan pada mana2 bahagian payudara namun ia tidak menimbulkan rasa sakit, walaupun anda merasakan sedikit terganggu dan tidak selesa dengan keadaan benjolan tersebut..Petunjuk kepada bacaan pada mammogram tidak bererti ianya baru bermula atau berada pada peringkat awal.

2. Bengkak di bahagian ketiak.

 3. Walaupun benjolan biasanya tiada rasa sakit, rasa sakit atau nyeri di payudara boleh menjadi tanda kanser payudara.

4. permukaan rata pada payudara atau lekukan mungkin menunjukkan tumor yang tidak boleh dilihat atau dirasa.
5. Setiap perubahan, seperti saiz,, atau suhu payudara, kemerahan pada permukaan seperti kulit limau boleh menjadi tanda kanser payudara peringkat tinggi

6. Perubahan pada puting, seperti mengarah ke dalam atau berlesung pipit, gatal atau ada kesan seperti terbakar, atau ulserasi; skala dari puting merupakan gejala dari penyakit kanser.
7. Keluar lendir dari puting berdarah, atau warna lain.
 8.Permukaan kulit yang berkilau
9.Perbedaan dari segi saiz atau warna antara kedua belah payudara. Kanser ovari Dalam beberapa kes, kanser ovari tidak menunjukkan simptom awal. Tapi kebanyakan wanita mempunyai gejala, bahkan pada peringkat awal.

 Gejala yang paling kanser ovari meliputi: 4 perkara

1. sering kekembungan

2. Nyeri pada perut atau pinggul.
3. Kesulitan makan atau kenyang dengan cepat.
4.masalah kencing seperti keperluan mendesak untuk buang air kecil atau buang air kecil lebih sering dari biasa. Jika anda mempunyai satu atau lebih gejala-gejala, dan terjadi hampir setiap hari selama lebih daripada 2 atau 3 minggu anda perlu buat pemeriksaan lanjut di hospital. Gejala-gejala diatas biasanya dirujuk sebagai simptom kanser ovari namun tidak semestinya pada kelompok wanita2 tertentu.

Namun gejala awal kanser ovari mengikuti pola tertentu: Simptom2 lain yang berkaittan dengan kanser ovari meliputi:
a. Kelelahan.
b. Pencernaan.
c. Sakit yang berulang.
d. Nyeri masa hubungan seksual.
e. Sembelit. f. kitaran haid. tidak normal Walaubagaimanapun simptom2 diatas bersifat umum pada sesetengah wanita. Multiple Myeloma Walaupun simptom2 dibawah tidak semestinya berkaitan dengan myeloma namun anda wajar segera berjumpa doktor untuk ujian lanjut pengesahan.Kanser biasa memberikn simptom2 yang mengelirukan dan terkadang anda merasakan ia normal atau berkaitan dengan masaalh kesihatan yang lain.

1.Sakit pada tulang terutamanya tulang belakang atau tulang rusuk
2..Mengalami patah tulang terutamanya tulang belakag
3. Berasa lemah atau sering kepenatan
4. Selalu berasa dahaga
5. Kerap terkena infeksi dan berasa sangat lemah
6. Kehilangan berat badan mendadak
7. Kerap rasa mual dan sembelit
8. Kerap buang air kecil Melanoma -Kanser Kulit Melano adalah sejenis kanser kulit.Simptomnya sering berkaitan dengan perubahan yang berlaku kepada kulit.

1.berlaku perubahan dari segi saiz,bentuk,atau warna tahi lalat dan tanda lahir pada badan.Ini adalah amaran awal mengenai serangan melanoma.
2.Perubahan warna kulit tidak sama antara bahagian2 badan umpamanya kulit pada perut bewarna terang dan pucat dan kelihatan amat jelas perbezaannya.

3.Warna jeragat pada muka yang tidak sekata umpamanya kehadirarn warna coklat bersamaan warna kehitamnan.
4.Secara umumnya jika terdapat tanda2 yang luar biasa berlaku kepada kulit anda seperti ruam tidak hilang,kehadiran jeragat pada bahagian muka yang warnanya amat jangal ( 2 jenis warna ),kehadiran sejenis ketumbuhan kebiasaanya bewarna coklat gelap atau hitam sebesar pemadam pensil ,ia adalah tanda2 awal melanoma.
5.Walaupun melanoma boleh tumbuh di mana saja pada tubuh namun secara umumnya ia , sering terjadi pada punggung atas pada lelaki dan pada wanita pada bahagian kaki. 6.Sementara untuk gulongan tua ia sering terjadi pada bahagian muka. ( wanita ) dan leher,kulit kepala dan telinga pada lelaki tua.


Leukemia Lukemia terbahagi kepada 4 jenis. yang paling umum dan 2 jenis yang khusus untuk kanak2.Simptom2nya agak berbeza pada sesetengah keadaan.Lukemia pada kanak2 kadangkala mempunyai simptom yang agak berbrza dengan orang dewasa Jenis2 Leukemia yang kerap terjadi pada kanak2 dan dewasa adalah seperti berikut. Yang bertanda adalah juga dihidapi olih gulongan dewasa dan yang bertanda :) adalah kanak2

Chronic myelogenous leukemia (CML)
Juvenile myelomonocytic leukemia (JMML)
Acute lymphocytic leukemia (ALL) 
Acute myelogenous leukemia (AML)
 Myelodysplastic syndrome (MDS)
 Chronic Lymphocytic Leukemia ( CLL )
Acute Myelogenous Leukemia -AML

1.Kerap demam
 2.Sakit pada bahagian tulang
 3.Warna kulit yang pucat
4.Sering jatuh sakit dan mudah diserang virus
5.Mudah terjadi bengkak pada angota badan
6.Sering terjadi pendarahan terutamanya pada hidung dan gusi
7.Kelesuan dan keletihan

Chronic Myelogenous Leukemia – CML
1.Mudah berlaku pendarahan
2.Mudah penah atau kelesuan
3.Kerap terkena infeksi/jangkitan
4.Kehilangan berat badan secara mendadak
5.Hilang selera makan
6.Mempunyai kulit yang pucat
7.Berpeluh dengan banyak waktu tidur malam
8.Sakit atau rasa senak pada bahagian rusuk kiri

Acute Lymphocytic Leukemia – ALL .
1.Kerap terjadi pendarahan pada gusi
2.Kerap demam
3.Mudah dan kerap kena infeksi/jangkitan
4.Tumbuh lumps ( benjolan ) pada bahagian leher,perut dan pangkal peha
5.Kulit yang pucat
6.Kesukaran bernafas / nafas pendik
7.Mudah penat dan kelesuan

Chronic Lympocytic Leukemia – CLL
1.Bengkak pada lymo node seperti di leher tanpa rasa sakit
2.Demam yang kerap
3.Kerap berpeluh sebelah malam
4.Kehilangan berat badan yang mendadak
5.Mudah terkena infeksi / jangkitan
6.Sakit disebelah kiri abdomen
7.Mudah keletihan

Tyroids Bolih sahaja terjadi pada gulongan kanak2,dewasa lelaki dan wanita

1.Kelesuan / keletihan walaupun bias tidur dan berehat dengan lama

2.Berat badan yang tidak turun walaupun mencuba pelbagai program dan yang kurus berat badan tidak meningkat walaupun makan dengan banyak.
3.Sentiasa rasa tertekan , cemas dan berdebar
4.Masaalah berkaitan dengan kolestrol sama terlalu tinggi atau terlalu rendah
5.Diwarisi dari keturunan yang juga ada masaalah tyroids
6.Masaalah berkaitan haid seperti kekerapan yang tidak menentu,kesakitan teramat sangat dan masaalah berkaitan kesuburan wanita.
7.Masaalah pembuangan air besar.dan diarrhea
8.Masaalah berkaitan kulit kekeringan dan masaalah keguguran rambut
9.Ketidak selesaan pada leher atau terjadi kebengkakkan pada bahagian leher
10.Sakit pada bahagian otot dan sendi 2 Comments to “KENALI SIMPTOM KANSER” ”