MP3

HTML/Javascript

Saturday 11 February 2012

TiPS MANTAP SOLAT #2

: Pastikan dalam solat ada tuma'minah. Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: "Tidaklah sempurna salah seorang di antara kamu sebelum melakukan yang demikian itu (tuma'ninah)."
(HR. Abu Daud)

Abu Qatadah RA berkata nahawa Nabi SAW ada bersabda yang maksudnya: "Sejahat-jahat manusia adalah pencuri, iaitu orang yang mencuri dari solatnya." Qatadah bertanya . "Ya Rasulullah, bagaimana ia boleh mencuri dari solatnya?" Baginda menjawab: "Ia tidak meyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR. Ahmad & Al-Haakim)

Mereka yang solat tapi tidak menyempurnakan solatnya dengan mengabaikan tuma'ninah amat rugi. Ianya akan menyebabkan solat tidak khusyuk (kerana dikerjakan dengan cepat) & pahala akan hilang.

Abdullah al-Asy'ari RA juga ada berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Perumpamaan orang yang tidak meyempurnakan rukunnya dan mempercepat sujudnya, seperti orang lapar yang makan sebiji dan dua biji kurma, tetapi tidak mengeyangkan sedikit pun." (HR. at-Tabrani)

No comments:

Post a Comment