MP3

HTML/Javascript

Saturday 11 February 2012

~*Hakikat Nafas*~

  "Hakikat Nafas" yang kita miliki.. jika dinilai, ada 2 hakikat..

*Ujian

itulah hakikat pertama.. Kehidupan adalah ujian.. dan juga medan tarbiyah dari Allah S.W.T.. maka setiap nikmat pemberian nafas yang dianugerahkan kepada kita haruslah kita sedar bahawa ada 1001 ujian sedang menanti.. mungkin kita akan menang, mungkin kita akan kalah..

ujian x bermakna kesakitan.. ada juga dalam bentuk kesenangan.. mungkin kita akan menang, mungkin kita akan kalah..

ujian x bermakna secara zahir.. ada juga dalam bentuk batin.. mungkin kita akan menang, mungkin kita akan kalah..

dan ingat, ujian x akan berhenti mendatang hinggalah kita tewas sepenuhnya atau menang sepenuhnya.. maka, jangan mudah berasa bahawa kita sudah menang..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al Ankabut ayat 2)

Nak dimatikan awal? persoalannya sudah bersediakah untuk dihitung?


*Rahmat

inilah hakikat kedua.. hakikat kenapa kita tidak dimatikan, adalah kerana kita masih diberi peluang.. peluang untuk menginsafi diri.. peluang untuk perbaiki diri..

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

Nah.. apabila kita diberi nafas, maka kita perlu sedar bahawa kita sedang berhadapan degan Kasih Sayang Allah S.W.T, kejarlah ia.. nescaya kita akan berbahagia nanti.. insyaAllah..

apabila kita bernafas, maka mintalah.. mintalah pengampunan.. mintalah kekuatan.. mintalah peliharaan.. sebagai bekalan dan persediaan untuk menghadapi hakikat yang 'pertama' tadi..

“…Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke-19 dalam Hadith 40 An-Nawawi.

Semoga Kita Selalu Ingat Kepada Allah S.W.T Dan Bersyukur Diatas Nikmat Yg Di Berikan Kepada Kita, InsyaAllah Amin... Alhamdulillah Ya Allah...~~

No comments:

Post a Comment