MP3

HTML/Javascript

Saturday 11 February 2012

Bahagia dalam 1 realiti hidup


Bercinta memang mudah ,untuk di cintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperoleh.

                          Cinta itu bahagia dan terasa nikmatnya apabila kita bertemu dan kemudiannya membuat keputusan yang tepat..Pada masa dan waktu yang ada kalanya membuat kita tertanya adakah sudah pasti…Dan kala tempat yang selalu menjadi tanda Tanya di mana.

           Semua orang punya rasa cinta.Tapi,tidak semua merasai cinta.Semua orang pernah bercinta,namun tidak semua mengecapi bahagia.Dan bahagia kita itu tidak semestinya apabila cinta dan menyintai,seterusnya kemuncak di alam perkahwinan dan hingga akhir hayat.

                Dan kadang ketemu cinta,menguju kita  sejauh mana kekuatan kita dalam menduga mencari ertinya bahagia.

              Mengapa kita bertemu dan menghayati ertinya cinta tanpa kita rela akan perpisahan kita.Dan kita biarkan bahagia itu pergi menjauh dari diri tanpa merasakan lagi nikmatnya cinta.Hanya derita dan pedih yang dirasakan.

                       Kehidupan kita ini bukan semata-mata untuk  bercinta berkasih saying dengan orang yang kita suka dan mahu…Kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan kita saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa yang kita mahu kita tidak kita perolehi.

                           Rasa cinta yang hadir antara kita memberi satu kekuatan padaku menyedari cinta kita hanya bersifat sementara,Dan cinta yang abadi hanya pada Allah swt..mohon agar cinta menyintai antara aku dan dia menjadi jalan yang diredha hingga ke syurga.

          Puncak bahagia kita itu bukan hanya pada di hari sah menjadi suami isteri,tapi itu adalah permulaan dalam mencari erti keredhaannya.Dan bahagia kita bukan diukur bila kita bersama dengan cinta yang dicintai.Tapi ketenangan jiwa yang ada dalam kehidupan kita menuju kealam lain.

                 Perasaan terluka itu ialah satu perasaan abadi yang Allah berikan bagi insane lemah seperti kita untuk merasai bertapa kita ini tidak sempurna.Kecewa dan dikecewakan amatlah memberikan kesan yang amat mendalam..Dan kecewa itu tidak dapat dipisahkan dalam mencari erti bahagia..
                     
                    Mengapa masih ada rasa saying dan rindi pada dia walau dia sudah tinggalkan kita dan menghancurkan hati kita?. Mengapa masih mengharap lagi dia kembali sedangkan tersuratnya sudah nyata.

                

No comments:

Post a Comment