MP3

HTML/Javascript

Saturday 11 February 2012

Alam Jin



Allah mencipta jin terlebih dahulu ,sebelum manusia dicipta.Selisih waktunya agak lama.Walaupun jin dicipta dari api,tetapi mereka tidak lagi di dalam bentuk api,seperti manusia yang dicpta dari tanah,kita bukan di dalam bentuk tanah pada masa ini.
               Jin juga seperti manusia,ia boleh mati dan akan di masukkan ke syurga jika taat kepada Allah dan masuk Neraka jika derhaka.Jin tidak boleh dilihat oleh manusia selagi jin itu berada dalam keadaan bentuk hakikinya KECUALI jika ia menyerupai di dalam bentuk lain.
             Hanya para Nabi yang mempunyai mukjizat untuk melihat jin,selain nabi,Allah juga memberi anugerah kepada orang-orang yang diingini,orang itu memang berkemampuan melihat jin .Ataupun ada orang yang mampu meletakkan dirinya dalam keadaan yang tertentu sehingga dia berupaya melihat bentuk jin.
             Manusia selalu membuat tanggapan salah tentang rupa bentuk jin,selama ini mereka membuat andaian,paras rupa jin amat menakutkan.Sebenarnya syaitan memang mempunyai rupa bentuk yang menakutkan dan buruk.Bagi jin islam,mereka mempunyai paras rupa yang elok.Rupa bentuk mereka juga tidak banyak berbeza dengan manusia,tetapi ada perbezaannya sedikit iaitu kepala mereka lebih besar sedikit dari badan  mereka.Terdapat juga jin yang matanya memanjang ke atas dan ada yang senget ke dahi.Ada yang sepet.
             Mata jin ada berbagai warna,ada yang berwarna hitam,kuning,coklat tua dan sebagainya.Kedua-dua telinga jin seakan-akan telinga kuda,ada yang seperti telinga kucing.
       Hidung jin juga terletak di tengah-tengah,sama seperti manusia,tetapi hidung jin tidaklah mancung seperti manusia.Pada kebiasaannya hidung jin adalah penyek dan bulat.
                 Jika jin itu jin islam,ia mempunyai janggut.Rambut-rambut jin amat tebal,terutamanya jin-jin perempuan.Rambut jin lelaki agak kesar,tetapi kebanyakan jin berkepala botak.Rambut jin perempuan pula amat panjang,bagi masyarakat jin,lebih panjang rambut jin wanita itu,ia lebih cantik.Sebab itu ada jin berambut panjang sehingga menyeret di permukaan bumi.
                  Tangan jin sama dengan tangan manusia,tetapi ada sedikit perbezaan iaitu di lengan dan kuku.Lengan jin lelaki amat panjang berbanding tubuh mereka.Jin wanita pula lebih pendek dari tubuh.Tumit kaki jin  dan runcing jari mereka juga berbeza dari manusia.Najis jin berbentuk seperti wap yang pekat,air kencing jin pula dalam bentuk gas,di mana tekanannya amat kuat,tetapi terlalu ringan.Sebab itu syaitan boleh mengencingkan telinga orang islam yang hendak tidur tidak melafazkan nama Allah.
                Setiap jin mempunyai 2 tanduk,tetapi kedua-dua tanduk itu amat kecil.Hanya iblis yang mempunyai tanduk panjang.Gigi jin adalah terlalu panjang dan besar…tetapi manusia tidak boleh melihat jin,kerana ia bersifat seperti gas yang amat ringan,kecuali jin menampakkan diri di dalam bentuk fizikal.
           Allah SWT telah memberi anugerah kepada semua jin iaitu memiliki kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai-bagai bentuk .Iblis juga dikategorikan dalam kategori jin,jadi dia pun boleh menampakkan diri.


Mengapa jin tidak boleh dilihat???


Jasad jin semuanya dicipta oleh Allah daripada atom-atom yang bergerak pantas.Manusia pula dari atom yang bergerak lebih perlahan daripada atom jin.Kecepatan jin mengatasi kecepatan cahaya.Misalnya seketul batu apabila  dibaling dengan kuat,sudah tentu batu itu tidak dapat dilihat kerana kepantasannya,setelah ia hampir jatuh baru dapat dilihat kerana kepantasannya perlahan.Atau pun peluru yang keluar dari muncung pistol,kecepatan yang terlalu pantas,sehingga mata manusia tidak dapat melihatnya,setelah singgah ke tempat yang disasar,baru dapat dilihat semula.Begitulah juga dengan jin yang pergerakan atomnya terlalu pantas.
              Walau jin boleh menampakkan dirinya kepada manusia,jin tidak mudah menampak dirinya atas kemahuan dirinya sendiri,kecuali si syaitan yang sengaja hendak menakut-nakutkan manusia.Jin jarang berbuat begitu,malah untuk menampakkan dirinya dalam bentuk sebenarnya pun bukan mudah untuk jin lakukan.
                        Di samping itu,jin juga ada perasaan takut terhadap manusia,kerana ada manusia yang berkebolehan untuk menangkap jin.Sebab itu jin jarang memperlihatkan dirinya.Manusia jauh lebih arif dalam ilmu keagamaan islam daripada ulama jin,sebab itu ada jin yang menampakkan diri seperti manusia untuk bertanyakan sesuatu dalam hal ilmu keislaman.
        Jumlah penduduk jin jauh lebih ramai dari jumlah manusia di bumi ini.Boleh dikatakan merata-rata tempat ada jin,baik di udara,gunung,dan sebagainya.Jin juga terdiri dari berbagai bangsa.dan jin mempunyai pemerintahan sendiri.
          Adakah iblis itu datuk moyang kepada jin?Sebagaimana Nabi Adam,datuk moyang kepada manusia?.

                  Memang iblis dari keturunan jin,tetapi ia bukan datuk moyang kepada jin.
Iblis dari keturunan Jan,iblis sangat pandai,seperti malaikat tetapi ia sombong dan berperangai buruk.
             Iblis adalah datuk moyang kepada syaitan.Apakah bezanya syaitan dan jin ?
Syaitan memang jin tetapi tidak semua jin adalah syaitan.Iblis berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya,kemudian mereka mendapat anak.Anak keturunan Iblis inilah yang dipanggil Syaitan.Rupa mereka ada bermacam-macam bentuk.Sebahagian besar mereka ini berwatak buruk.

                    Iblis dan syaitan ini juga mempunyai bandar dan tempat tinggal mereka sendiri.Biasanya di padang-padang pasir,gunung-gunung,pulau-pulau terpencil dan di permukaan laut..




(Maklumat ini didapati dari seorang jin Islam yang berasal dari Mesir.Sebelum ini jin itu adalah jin kafir tetapi dia telah diberi petunjuk oleh Allah dan memasuki Islam.Jin ini merupakan seorang pemimpin,apabila dia masuk Islam maka pengikutnnya yang beribu-ribu itu pun masuk Islam juga.Usia jin ini 180  tahun....)

No comments:

Post a Comment