MP3

HTML/Javascript

Saturday 11 February 2012

Mengapa Lelaki Mimpi Basah?



Posted on Monday, July 18, 2011 by Mastermindz. Under Informasi    
knape kah??..


Anak lelaki yang sudah masuk alam baligh,normalnya akan mengalami mimpi basah.Untuk pertama kali, ia mungkin terasa aneh tapi adalah perkara lumrah.Mengapa lelaki mengalami mimpi basah?
Teruskan membaca entry sepenuhnya dengan click read more
Mimpi basah (orgasma spontan) atau dalam dunia kedoktoran dikenali dengan emisi noktural,merupakan pengeluaran cairan semen (air mani) di waktu tidur yang biasanya terjadi ketika seorang lelaki sudah memasuki alam baligh.
Menurut YoungMensHealth Site,emisi noktural biasanya terjadi kerana adanya peningkatan hormon testosteron atau kelebihan cairan mani yang tidak dikeluarkan melalui hubungan seksual atau masturbasi.Ini terjadi kerana adanya tekanan atau rangsangan pada alat kelamin oleh bantal,mimpi erotik atau kenangan dari aktiviti atau fikiran seksual.
Mimpi basah ini terjadi pada saat seseorang mengalami tidur dalam gerakan mata cepat atau rapid eye movement iaitu tahap tidur yang mana mimpi terjadi.Yang kemudian laju respirasi dan aktiviti otak meningkat serta otot-otot menjadi lebih releks yang ditandai dengan gerakan bola mata yang cepat.
Pada ketika tidur dalam itu,lelaki biasanya mengalami ereksi sekitar 3-5 kali.Bila mengalami rangsangan kelamin atau mimpi erotik maka kemungkinanaterjadinya ejakulasi atau orgasma ketika tidur atau disebut mimpi basah.
Kebanyakkan lelaki mengalami emesi noktural ketika remaja atau dewasa muda sekitar umur 20-30-an tapi tak kurang juga lelaki dewasa tua mengalaminya.Seorang remaja mungkin memiliki kesulitan mengingati mimpi atau merasa binggung ketika mengalami mimpi basah.Ada yang bangun kerana merasa rimas saat tempat tidurnya basah tapi hal ini adalah normal dan tak perlu malu.

No comments:

Post a Comment