Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Eloklah
jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur
seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
"Jika
kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang,
kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa
yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang
terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)."
Dalam
sebuah hadis diterangkan: Al-Barra' bin Azib berkata: "Adalah
Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian
Baginda membaca: Maksudnya:
"Ya Allah aku serahkan diriku
kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua
urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana
mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat
selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada
kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus." (Hadis
riwayat Bukhari).
Dalam riwayat yang berasingan
yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara' bin 'Azib, beliau berkata:
"Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda
akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang
kanan, lalu berdoa: "Rabbi qinii 'adzaabaka yawma tab'atsu 'ibaadaka
(Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan
seluruh hamba-Mu)." (HR. At-Tirmidzi).
Hudzaifah pula
meriwayatkan: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya,
maka Baginda berdoa: "Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah,
dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup)." Dan jika bangun dari tidurnya
beliau berdoa: "Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa
wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan
aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali)."
(HR. At-Tirmidzi).
Menurut Ummul Mukminin Aisya,
yang berkata: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya,
Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup
kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq,
dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya
dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya
dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali."
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru,
halaman 167-168).
Walaupun kita digalakkan mendahulukan
posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal
dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah
posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda
Rasulullah: "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR.
Al-Bukhari dan Muslim).
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah
merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain
Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam
hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara
terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai
mana maksud hadis: "Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa
saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid
sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." (Diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim).
Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada
sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :
"Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya
sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. "Sesungguhnya (posisi
tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah
Azza Wa Jalla." (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Sebagai
tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh
setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum
tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.
Ini
disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada
anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab
Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW
dan salafussoleh ialah:
# Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
# Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
# Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
# Tidur dalam keadaan suci.
# Tidur dalam keadaan berwuduk.
# Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
#
Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud:
Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan
pandangan dan melebatkan bulu mata. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan
al- Hakim).
# Mengerjakan solat sunat seperti witir
sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang
bermaksud: "Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir
adalah orang yang bertekad kuat.
# Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
# Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai
kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan
tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya.
Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah
di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam
posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan
telungkup.
Wallahu a'lam...~~
No comments:
Post a Comment