1. Anda berkeras dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hatinya semula. Jelas sekali anda
tidak dapat menerima hakikat bahawa bekas kekasih anda tidak menyintai anda
lagi.
2. Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah anda berharap dia
yang memanggil... Sudah! Mulakan hidup yang baru.
Si dia juga sudah gembira bersama teman yang lain. Jangan lagi berharap si dia
akan menghubungi anda.
3. Anda terlalu memikirkan tentang si dia yang sudah
jauh pergi, setiap hari, setiap masa. Lupakanlah orang yang tak sudi. Sudah
tiba masanya anda memikirkan tentang masa depan emosi anda yang bercelaru itu.
Usah fikirkan dia lagi kerana sejak perhubungan anda berdua putus, si dia tak
pernah sekali pun memikirkan tentang anda!
4. Anda tak henti-henti bercakap
mengenai bekas kekasih anda, tidak kiralah...yang baik atau yang buruk tentang
perangai dan perihal si dia. Kasihanilah orang yang terpaksa mendengar cerita
basi anda itu! Jangan jadikan bekas kekasih anda sebagai topik perbualan...
5. Surat, hadiah, nota, SMS,
gambar...mengingatkan anda memori bersama si dia. Bagi insan yang lemah emosi
seperti anda, jangan simpan lagi apa-apa sahaja benda yang boleh mengingatkan
anda kepadanya. Sebaik-baiknya, simpan semua surat, gambar atau hadiah
pemberiannya ke dalam kotak dan sorok jauh-jauh!
No comments:
Post a Comment