Rasulullah ceritakan
pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya
dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang
menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda
menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku
diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan
dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab
yang diterima mereka."
Ali bertanya:
"Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW
menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya
menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke
belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat
perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke
ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan
dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan
mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang
telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada
api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat
perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular
masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya
dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
"Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang
dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah menjawab:
"Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang
tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati
suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung
itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak
mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri,
juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia
boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli
pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang
suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan
lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta
kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan,
aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan
lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah
golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.
Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku
berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka
adalah perempuan."
Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku
melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya
aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW
ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan
mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik
kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis
riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment