MP3

HTML/Javascript

Thursday 9 February 2012

Ciri-ciri Orang Munafik..



Munāfiq atau Munafik
(kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an :-
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

"Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami."
[Al Munafiquun:1-3]

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
[Riwayat Ahmad]

Huraian :-

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Ciri-ciri orang munafiq :-

1.Dusta
2.Khianat
3.Fujur dalam pertikaian
4.Ingkar janji
5.Malas beribadah
6.Riya'
7.Sedikit berzikir
8.Mempercepat solat
9.Mencela orang-orang yang taat dan soleh
10.Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
11.Bersumpah palsu
12.Enggan berinfak
13.Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
14.Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
15.Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
16.Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
17.Sering meninggalkan solat berjamaah
18.Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
19.Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
20.Takut terhadap kejadian apa saja
21.Beruzur dengan dalih dusta
22.Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
23.Bakhil dalam masalah kebajikan
24.Lupa kepada Allah s.w.t.
25.Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
26.Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
27.Sombong dalam berbicara
28.Tidak memahami masalah-masalah agama
29.Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
30.Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

No comments:

Post a Comment