MP3

HTML/Javascript

Thursday 9 February 2012

Bagaimana Mencegah Berlakunya Perkara Keji Dan Mungkar..



Dari Abu Hurairah r.a, Dari Nabi s.a.w, katanya: “Seseorang yang hendak berzina tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya”.
[H.R Bukhari dan Muslim]

Hadis ini menunjukan orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya.

Kebahagian hidup seseorang atau sesuatu bangsa itu adalah tergantung kepada pertalian keturunannya yang bersih serta berkekalan, dan keselamatan akal fikiran serta harta bendanya.
Untuk mencapai kebahagian hidup itu, maka perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan hendaklah dijauhi dan ditegah sedapatnya. Perbuatan minum arah serta mengambil benda benda yang boleh merosakan akal seperti dadah hendaklah disingkirkan. Perbuatan curi, rompak dan samun hendaklah dihapuskan.

Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan, wujudlah pula perasaan hubungan persaudaraan dan kaum kerabat. Wujudlah pula hubungan tolong menolong dengan jalan pertalian kerabat dan semangat bangsa dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila ditimpa satu kesusahan yang memerlukan bantuan, ia tak akan mendapatkan bantuan itu melainkan dari orang yang ada pertalian dengannya. Maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah Negara.

Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakan, dapatlah manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang bathil, dan dapatlah pula memikirkan soal ketuhanan serta soal iman dan takwa.
Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia memajukan urusan agama dan dunianya dengan sempurna.

Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli ahli fikir yang bijak pandai, Bahkan semua agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t bertujuan menjaga perkara perkara yang tersebut dari apa jua yang merosakannya.

Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan, perbuatan minum arak yang merosakan akal fikiran dan perbuatan curi, rompak yang memusnahkan hak milik orang lain, dilakukan dengan bermaharajalela, bukan saja oleh si jahil, bahkan yang terpelajar juga terlibat sama.

Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman, dan dengan itu mudahlah mereka dipengaruhi oleh hawa nafsu dan keburukan yang berlaku disekelilingnya. Untuk mencegah perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan memelihara dan menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

No comments:

Post a Comment