~*15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana*~
Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad
saw telah bersabda: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana
menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-
1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan
mencari keuntungan.
2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta
rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding
kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11.
Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat
terdahulu termasuk para sahabat, tabiin, ulamak dan imam.
“Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab
termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan.” (Hadis Riwayat
Tirmizi)
Utk Peringatan Bersama & Semoga Bermanfaat Utk
Kita Bersama InsyaAllah Amin, Semoga Allah S.W.T Ampunkan Dosa2 Kita, Amin Ya
Allah...~~
Wallahu'alam...~~
No comments:
Post a Comment