|
|
|
|
|
Sultan Muhammad Shah (TM 1363 - 1402)
|
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang
Alak Betatar). Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan Puteri Dayang
Pingai iaitu Puteri Johor atau Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali
dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada TM 1371, menghantar utusan ke
China. Dalam catatan China Baginda disebut Ma–ha–mo–sha. Puteri
Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China
iaitu, Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Baginda lindung pada TM
1402.
|
|
Sultan Abdul Majid Hasan (TM 1402 - 1408)
|
TM 1402, naik takhta. Tidak
pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada dicatatkan
dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. TM
1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28 tahun, meninggalkan putera
bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.
|
|
Sultan Ahmad (TM 1408 - 1425)
|
Baginda naik takhta pada TM 1408, sebelum itu terkenal dengan nama
Pateh Berbai. Pengiran Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda disebut
dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan
adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada Sultan
Sharif ‘Ali. Baginda lindung pada tahun TM 1425 dan digantikan oleh
menantu Baginda, Sultan Sharif ‘Ali.
|
|
Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)
|
Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM
1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai
waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan
pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan Arab,
berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke
Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir
Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu
Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa
dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh
Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM
1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.
|
|
Sultan Sulaiman (TM 1432 - 1485)
|
Baginda naik takhta
pada TM 1432 dan turun takhta pada TM 1485. Baginda lindung pada TM 1511
dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Bolkiah.
|
|
Sultan Bolkiah (TM 1485 - 1524)
|
Baginda naik takhta pada TM 1485. TM
1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta melawat Brunei. Pada zaman Baginda, pemerintahan Brunei bukan
sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo seperti Sambas, Tanjungpura, Kota
Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan dan lain–lain bahkan
Pulau–Pulau Suluk, Palawan, Keramian hingga Saludang (Luzon) iaitu
daerah-daerah yang sekarang dikenali dengan nama Filipina. Zaman pemerintahan
Baginda ini dikatakan sebagai zaman keemasan Empayar Brunei. Permaisuri Baginda yang termasyhur bernama Puteri
Laila Menchanai. Baginda lindung pada TM 1524, dikatakan kerana cucukan jarum
emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai semasa menyulam pada waktu
Baginda sedang beradu dipangkuan permaisuri itu. Baginda digantikan
oleh putera Baginda, Pengiran Muda Tengah ‘Abdul Kahar.
|
|
Sultan Abdul Kahar (TM 1524 - 1530)
|
Baginda naik
takhta pada TM 1524. Pada TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio
Pigafetta telah melawat Brunei semasa Baginda menjadi Pemangku Sultan. TM
1526 seorang Portugis bernama George de Menezes datang ke Brunei bertujuan
hendak menjalankan perniagaan di samping mencari peliringan hendak menakluki
Brunei. Tetapi memandangkan kekuatan Brunei ketika itu padu, dijangka agak
sukar hendak dikalahkan maka maksud berniaga sahaja yang diteruskan.
Sehubungan itu dia telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan
perdagangan dengan Sultan Brunei. Sejak itulah Portugis mengimport lada
hitam, sagu, ikan, beras, emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke
Melaka; di samping menggunakan pelabuhan dan perairan, Brunei menjadi tempat
persinggahan dan lalu lintas perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari
Melaka ke Maluku dan sebaliknya. TM 1530, seorang pegawai Portugis lain
bernama Goncalo Pereira telah datang juga ke Brunei untuk memerhati keadaan
Brunei sambil berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan akhirnya
lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam masih ramai datang ke Brunei.
Baginda turun takhta pada TM 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan ‘Abdul
Kahar. Baginda lindung pada TM 1578, dan digantikan oleh putera kakanda
Baginda, Pengiran Anak Chuchu Besar Saiful Besar.
|
|
Sultan Saiful Rizal (TM 1533 - 1581)
|
Baginda naik takhta pada TM 1533. Pada TM 1578, Brunei telah diserang
oleh Sepanyol di Manila. Serangan itu termasyhur dengan sebutan ‘Perang
Kastila’ tetapi berjaya diundurkan oleh Pengiran Bendahara Sakam bersama
Orang Kaya Harimau Padang, 100 orang pahlawan terbilang dan rakyat yang taat
kepada Sultan. Pada tahun ini juga Masjid Jame’ Brunei dibakar oleh Sepanyol.
Baginda lindung pada TM 1581 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran
Muda Besar Shah Brunei.
|
|
Sultan Shah Brunei (TM 1581 - 1582)
|
Baginda naik takhta pada TM 1581. Tidak mempunyai putera.
Setelah Baginda lindung, pada TM 1582, diganti oleh adinda Baginda, Pengiran
Muda Tengah Muhammad Hasan
|
|
Sultan Muhammad Hasan (TM 1582 - 1598)
|
Baginda naik
takhta pada TM 1582. Zaman
Baginda diadakan gelaran ‘Pengiran Di-Gadong’ dan ‘Pengiran Pemancha’. Menitahkan
Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau (Sarawak). Baginda lindung pada TM 1598 dan digantikan oleh putera Baginda,
Pengiran Muda Besar ‘Abdul Jalilul ‘Akbar.
|
|
Sultan Abdul Jalilul Akbar (TM 1598 - 1659)
|
Baginda naik takhta pada TM 1598. Pada masa menaiki takhta,
Baginda dibantu oleh ayahanda saudara Baginda, Pengiran Di–Gadong Besar
Osman. Pada TM 1599, mengadakan perhubungan dengan Sepanyol di Manila. TM
1600, Oliver Van Noort, peniaga Belanda datang ke Brunei. Baginda lindung pada
tahun TM 1659.
|
|
Sultan Abdul Jalilul Jabbar (TM 1669 - 1660)
|
Baginda naik
takhta pada 1659. Baginda berputerakan
Pengiran Temenggong, Shamsuddin, Raja Gayoh. Baginda lindung pada tahun 1660.
|
|
Sultan Haji Muhammad Ali (TM 1660 - 1661)
|
Baginda naik takhta pada 1660. Takhta kerajaan Baginda direbut
oleh Pengiran Bendahara ‘Abdul Hakkul Mubin kerana anaknya ditikam oleh
Pengiran Muda Bongsu yang kalah bersabung ayam. Baginda lindung pada 14
Rabiulawal 1072 bersamaan 6 November 1661.
|
|
Sultan Abdul Hakkul Mubin (TM 1661 - 1673)
|
Baginda naik takhta pada 1661. Baginda merebut takhta
kerajaan daripada Sultan Haji Muhammad ‘Ali, kemudian dibela oleh Pengiran
Muda Muhyiddin sehingga terjadi perang saudara selama 12 tahun. Baginda
lindung pada tahun 1673.
|
|
Sultan Muhyiddin (TM 1673 - 1690)
|
Baginda naik takhta pada tahun 1673. Mengambil alih takhta
kerajaan daripada Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin. Tahun 1685, berjaya mengatasi
tipu helah angkatan Sepanyol yang berpura-pura datang melawat Brunei. Zaman
Baginda, Datu Dakula datang ke Brunei untuk membela ayahandanya tetapi dapat
diselesaikan oleh kekandanya, Pengiran Bendahara Pengiran Muda Amir ibni
Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin. Baginda lindung pada tahun 1690.
|
|
Sultan Nasruddin (TM 1690 - 1710)
|
Baginda naik
takhta pada tahun 1690. Pada masa zaman Baginda, Dato Godam datang ke
Brunei. Baginda lindung pada tahun 1710.
|
|
Sultan Husin Kamaluddin (TM 1710 - 1730) (TM 1737 - 1740)
|
Baginda naik
takhta pada tahun 1710. Dua kali naik takhta dan akhirnya bersemayam di
Luba. Pada masa zaman Baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi.
Pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada
tahun 1770.
|
|
Sultan Muhammad Alauddin (TM 1730 - 1737)
|
Baginda naik
takhta pada tahun 1730. Pernah mengeluarkan
mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada tahun 1737.
|
|
Sultan Omar Ali Saifuddien I (TM 1740-1795)
|
Baginda naik takhta pada tahun 1740. Pada tahun 1775,
menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk yang
diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya
mengalahkannya. Baginda lindung pada
tahun 1795.
|
|
Sultan Muhammad Tajuddin (TM 1795-1804) (TM 1804-1807)
|
Baginda naik takhta pada tahun 1795. Dua kali naik
takhta. Sultan Brunei yang pernah menghantar utusan ke China untuk memasarkan
barang–barang Brunei di sana. Pernah
menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda
lindung pada tahun 1807.
|
|
Sultan Muhammad Jamalul Alam I (TM 1804)
|
Baginda naik
takhta pada 26 April 1804. Berada di atas takhta selama
kira–kira 7 bulan sahaja sebelum Baginda lindung pada 19 November 1804.
|
|
Sultan Muhammad Kanzul `Alam (TM 1807-1826)
|
Baginda naik takhta pada tahun 1807. Pada tahun 1821, mengeluarkan dan menurunkan wang
‘pitis’ ke padian. Tahun 1809, angkatan dari Inggeris yang diketuai oleh ‘Si
Merah’ datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk
dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud;
kerana kejayaannya ia diarak menjadi ‘Pengiran Pemancha’. Dia juga berjaya
menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya.
Pada tahun 1823, utusan Kerajaan Belanda datang ke Brunei. Pada masa zaman
Baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota
dan dititahkan memerintah Sarawak. Baginda turun takhta pada tahun 1826.
|
|
Sultan Muhammad Alam (TM 1826-1828)
|
Baginda naik
takhta pada tahun 1826 iaitu semasa hayat ayahanda Baginda.
|
|
 Sultan Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852)
Baginda
naik takhta pada tahun 1828. Pada tahun 1839, James Brooke datang ke
Sarawak. Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah Sarawak. Tahun 1845,
Baginda menyerahkan Pulau Labuan kepada Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang
diketuai oleh James Brooke menyerang Brunei. Tahun 1847, menandatangani
Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Inggeris. Baginda
lindung pada tahun 1852.
|
|
 Sultan Abdul Momin (TM 1852-1885)
Baginda
naik takhta pada tahun 1852. Tidak mempunyai zuriat. Pada tahun
1853, membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan
kedua–dua belah pihak. Pada tahun 1856, membuat perjanjian dengan Inggeris
mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan jenayah dan
pertelingkahan di Brunei. Pada tahun 1858, Pengiran Shahbandar Pengiran
Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang
memusuhinya. Pada tahun 1877, membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de
Overback dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah–wilayah Brunei di
Sabah. Baginda lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100 tahun.
|
|
 Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (TM
1885-1906)
Baginda naik takhta pada tahun 1885. Pada tahun 1887, membuat
permohonan bertulis kepada Kerajaan Baginda Queen untuk mengadakan Residen
British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh pihak Kerajaan Baginda
Queen kerana masalah kewangan. Pada tahun 1888, membuat perjanjian dengan
Inggeris dengan meletakkan pengawalan hubungan luar negeri Brunei di bawah pentadbiran Inggeris. Baginda
lindung pada tahun 1906
|
|
 Sultan Muhammad Jamalul Alam II (TM 1906-1924)
Baginda
naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1906,
penubuhan Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai Bendera Kebangsaannya
sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu mula didirikan. Pada tahun 1922,
rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Pada masa zaman Baginda
kerja–kerja cari gali minyak giat diusahakan. Pada tahun 1922 berpindah
dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924.
|
|
 Sultan Ahmad Tajuddin (TM 1924-1950)
Baginda
naik takhta pada tahun 1924 Dalam usia 11 tahun. Pada tahun 1927, merasmikan
pembukaan jalan raya Brunei–Tutong. Pada tahun 1929, merasmikan pembukaan
Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun yang sama minyak mula ditemui di Seria. Pada
tahun 1932, berangkat melawat England dan Eropah. Pada tahun 1941,
Jepun menduduki Brunei. Pada tahun 1945, Tentera Bersekutu mendarat di
Brunei. Manakala pada tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh
Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim. Pada tahun 1946, mengambil alih kuasa memerintah
daripada British Military Administration (BMA). Tahun 1949, menyambut
Jubli Perak 25 tahun pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950.
|
|
 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III (TM 1950-1967)
Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran Bendahara. Tahun 1950, naik takhta. Tahun
1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama. Tahun 1951, mencadangkan rancangan
perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat; Lagu Kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’ diakui secara rasmi.
Tahun 1953, mengemukakan cadangan bagi Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei. Tahun 1953, mula menubuhkan Sekolah Inggeris; mula
membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam Tahun 1958, dinamakan Masjid Omar
‘Ali Saifuddien. Tahun 1953, menerima Bintang Kebesaran daripada Duli Yang
Maha Mulia Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’. Tahun 1955, membuat
Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun pertama. Tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Tahun 1959, Syarikat Minyak
Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekkan minyak di luar pantai;
menandatangani dan memasyhurkan Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei di Lapau,
Bandar Brunei. Tahun 1961, menubuhkan Pasukan Askar Melayu Brunei yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei; cadangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Tahun 1962, menunaikan Fardhu Haji kali kedua;
pemberontakan meletus di Brunei. Tahun 1963, memutuskan Brunei untuk tidak bergabung dalam Malaysia. Tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wang sendiri. Lebih 33 kali
berangkat ke luar negeri antara Tahun 1951 – 1967, Tahun 1967, menurunkan
diri dari takhta kerajaan, bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Baginda lindung pada tahun 1986.
|
|
 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
(1967-Sekarang)
|
1946
|
–
|
15 Julai, diputerakan di
Istana Darussalam, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan).
|
1955
|
–
|
Menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei.
|
1959
|
–
|
Menuntut di Sekolah Jalan
Gurney, Kuala
Lumpur
sehingga tahun 1961.
|
1961
|
–
|
Melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Menyertai Pasukan Kadet Victoria Institution
sehingga tahun 1963.
|
|
–
|
14 Ogos, dimasyhurkan
menjadi 'Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota'.
|
1964
|
–
|
Meneruskan pelajaran di
Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Brunei.
|
1965
|
–
|
29 Julai, melansungkan
perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagidna Raja
Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha
Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
|
1966
|
–
|
4 Januari, memasuki
Akademi Tentera Diraja Sandhust, United Kingdom sebagai Pegawai Kadet. Ditauliahkan pangkat
Kapten dalam Pasukan Goldstream Guards.
|
1967
|
–
|
5 Oktober, ditabalkan
menjadi Sultan Brunei Ke-29.
|
1968
|
–
|
1 Ogos, dipuspakan dalam satu adat istiadat yang gilang- gemilang di
Lapau, Bandar Brunei.
|
1971
|
–
|
23 Novemeber,
menandatangani Pindaan Perjanjian 1959 dengan United Kingdom.
|
1979
|
–
|
7 Januari, menandatangani
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan United Kingdom.
|
1981
|
–
|
28 Oktober, melangsungkan
perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Mariam
binti Haji Abdul Aziz.
|
1984
|
–
|
1 Januari,
mengisytiharkan Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, NBD.
|
|
–
|
16 Januari, berangkat ke Casablanca, Maghribi menghadiri Sidang Kemuncak Persidangan
Negara- Negara Islam (OIC).
|
|
–
|
21 September, berangkat
ke New York menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-39.
|
1986
|
–
|
20 Oktober,
mengisytiharkan penyusunan semula Menteri-Menteri Kabinet.
|
1987
|
–
|
18 Januari, berangkat ke
Tanah Suci Makkah Al- Mukarramah untuk menunaikan Farhdu Haji bagi kali
pertama.
|
1988
|
–
|
30 November,
mengisytiharkan rombakan dan penyusunan Menteri-Menteri Kabinet, berhasrat
untuk memperkemaskan dan melicinkan pentadbiran Kerajaan.
|
1989
|
–
|
21 September, menerima anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Persuratan'
daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD).
|
1992
|
–
|
15 Februari, menerima
anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang' daripada Universiti Malaya
(UM), Kuala
Lumpur.
|
|
–
|
5 Oktober, menyambut Jubli
Perak, genap 25 tahun di atas takhta Kerajaan.
|
|
–
|
5 November, menerima
anugerah 'Degree of Doctor of Civil Law by Diploma' daripada Universiti Oxford, United Kingdom.
|
2000
|
–
|
30 Jun, menerima anugerah
'Award of the President's Gold Medal' dari City's Royal College of
Surgeons, Scotland, United Kingdom.
|
|
–
|
10-16 November,
mempengerusikan Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
2000 Brunei Darussalam.
|
2001
|
–
|
11 Julai, menerima
anugerah 'Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang' dari Universiti Queensland, Australia.
|
|
–
|
2 Oktober, menerima
aungerah 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik' daripada
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor, Malaysia.
|
|
–
|
20 Oktober, menerima
anugerah 'Honorary Doctorate Degree in International Relations' daripada
the Beijing Foreign Studies University, Republik Rakyat China.
|
2004
|
–
|
Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan
kembali dengan nama Majlis Mesyuarat
Negara
|
2005
|
–
|
Merasmikan Persidangan
Kebangsaan mengenai Masyarakat Bermaklumat (NASIS)
|
|
–
|
Mengisytiharkan rombakan
Ahli Majlis Menteri-Menteri Kabinet; memperkenankan jawatan Menteri iaitu
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana
Menteri, Menteri Kewangan II dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
|
|
–
|
Merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Profesionalisme, Majlis Ilmu
2005
|
2006
|
–
|
Merasmikan Penukaran Kepala Panji–Panji Pasukan Polis Diraja Brunei
|
|
–
|
merasmikan
Majlis Mesyuarat Negara
|
2007
|
-
|
Pengistyiharaan penubuhan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
|
2008
|
-
|
Merasmikan Sesi
Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara di bangunan Baru Dewan Majlis
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment