Dan bila jodoh itu tiada lagi
![]() |
Jodoh itu adalah
rahsia dari Allah SWT..rahsia yang mana selalu bermain di fikiran kira
berbanding dengan perkara-perkara lain.Dan kita selalu asyik terlupa,kadang
jodoh itu jua tidak panjang.Tidak selalu bersama kita
Kisah percintaan
yang kita perjuangkan pasti kita impikan berakhirnya satu ikatan yang sah dan
halal iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan.Sedangkan berkahwin kita bukanlah
berakhirnya episod percintaan di antara dua insan.Di antara dua jiwa yang sama
sama berjanji sumpah setia
Sedia kita merasakan begitu manisnya sesuatu
ikatan itu,pasti akan menjadi racun jika tidak dijaga dilaksanakan
tanggungjawab dengan sempurna.Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan
dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu diuji.
Kita sering merancang akan
satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi .Satu kisah
percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.Dan kita terus di alam mimpi
kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.Sedangkan
manusia,merancang cumalah watak kita.Sesungguhnya sebaik baik perancangan
adalah dari Allah SWT.
Sebenarnya bukan
tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan.Kerana
di alam rumah tangga,lebih onar dan duri akan bersama di tempuh.Di saat
itu,kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yang bersemi.Masih kukuh
atau semakin pudar warna cinta yang pernah di ucap janji ?.
Kita tidak dapat menjangka dan
meramal masa depan kita.Walau sekuat mana kita.Walau sehebat mana kita.Kita jua
hambanyaNya yang lemah.
Jangan kita terlalu yakin dan
amat pasti jodoh kita itu selalu ada.Berdoalah.Berusahalah.Dan bertawakal
kepada Allah SWT
Pada sekeping hati,yang baru
sahaja melewati saat getir akan perpisahan di antara satu
ikatan.Pesanku,bersabarlah.Tabah di dalam mengharungi kehidupan yang
baru.Kehidupan yang mencabar di dalam menjadi ibu tunggal.Masih ada lagi
pandangan dan ratapan yang sudi.Masih ada lagi sayang dan kasih yang tidak
pernah hilang.
Kamu masih lagi ada haarga diri.Kamu
kuat dan tabah.Aku tahu kamu.Aku kenal kamu.Dan kamu lebih yang amat kenal
dirimu,Dan jangan tunjukkan wanita itu lemah dan tiada akan pegangan bila di
tinggalkan oleh lelaki.Kamu masih ada yang sayang.
Dan janganlah kamu terus menyerah.Allah SWT
sayang akan kamu,kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu.Jangan ada rasa
kesal dan sesal.Bersabarlah.Berdoalah.kita hanya mampu merancang...
Tersentap dan sayu....Aku doakan kamu
tabah dalam menghadapi dugaan...Melepaskan dulu ,kerana aku yakin kamu telah
ketemu bahagia...Namun jodoh tidak panjang ,agar kamu sabar dan menerima
takdirNya..Dari jauh hanya mampu memandang dan kirimkan doa...Tabah dan
sabarlah duhai kamu,seseorang yang bermakna di dalam hidupku.....
Moga tabah dan berbanyak
bersabar duhai seorang sahabat,temanku...meratap sayu akan kehilangan itu
adalah kebiasaan bila terjadinya perpisahan...Tapi bila sudah reda,bangun dan
teruskanlah langkahmu di dalam perjalanan yang semakin sesak.....
No comments:
Post a Comment