MP3

HTML/Javascript

Thursday 9 February 2012

*DOSA dAN PAHALA*~



DOSA dan PAHALA , itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh manusia. Terutamanya oleh orang-orang Islam. Khususnya bagi mereka yang selalu menghadiri kuliah / ceramah di surau masjid , pasti akan mendengarnya dari mulut penceramah yang diundang ke surau atau masjid tersebut.

Sebagai umat Islam , sewajarnya kita mesti prihatin dengan kalimah tersebut. Apabila prihatin , barulah akan timbul dalam diri manusia itu sikap akan lebih berhati-hati di dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan. Ibarat kita berjalan di kawasan yang penuh duri dan batu-batu yang tajam , sudah pasti kita akan berhati-hati ketika melaluinya.

Seandainya dalam hati manusia ada perasaan takut dan gerun kepada Allah Ta’ala. Namun bagi sebahagian manusia , soal DOSA PAHALA ini langsung tidak dihiraukannya. Al maklum lah, DOSA PAHALA adalah perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia … tu lah mereka langsung tidak ambil peduli.

Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasul SAW : Bagi orang-orang yang beriman , mereka menganggap dosa itu seperti sebuah gunung besar yang akan menghempapnya pada bila-bila masa sahaja , tetapi bagi orang yang kafir itu mereka menganggap dosa hanya seperti seekor lalat yang hinggap di tubuh mereka , lalu mereka hanya menghalau sahaja lalat tersebut ( maknanya tak kisah sangat dengan dosa tu ).

Ayuh sahabat-sahabat sekelian , marilah kita berdoa dan berusaha , agar Allah Ta’ala memberikan kepada kita kekuatan bagi menjalani kehidupan di atas muka bumi yang penuh mencabar ini. Tinggalkan segala perkara yang boleh mendatangkan dosa dan kemungkaran. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas dan murni di dalam hati , pasti Allah Ta’ala akan membantu kita semua.

YA ALLAH , AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI , KEDUA IBUBAPA KAMI , ADIK BERADIK KAMI , JIRAN-JIRAN KAMI , GURU-GURU KAMI SERTA SELURUH UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI.. AMIIINNNN!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment